Tuesday 8 May 2012

baginda...


Pada suatu hari....

Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang

 pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. 

Mereka mendirikan khemah di situ. 

Kebetulan mereka ada membawa seekor kambing hidup sebagai bekal makanan.


“Biarlah saya sembelih kambing itu” kata seorang sahabat Nabi Muhammad.

“Dan biar saya melapahnya” kata yang lain.

“Biar saya pula yang memasaknya” kata yang lain pula.

“Dan saya pula, biar saya yang mencari kayu api” sambut Nabi Muhammad.

Sahabat-sahabat terkejut mendengar kata-kata Nabi Muhammad itu.

 Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad bersusah payah membuat kerja.

“Tidak usahlah, tuan. Biarlah kami sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja” saran mereka kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tetap dengan pendiriannya. Beliau mahu ikut bekerja.

“Saya takkan berpeluk tubuh sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan dirinya daripada yang lain” jawab Nabi Muhammad dengan tegas. 

Beliau keluar dan balik memikul kayu api di bahunya



...........................................


Rasullullah...

seorang pemimpin yg hebat kan...

sgt profesional, sgt toleransi, sgt tolak ansur, 
sama-sama turun padang....

sikap kepimpinan baginda,
 sgt mengagumkan...
membuatkan baginda sgt 

dihormati...

disegani....

diteladani...



kalaulah semua pemimpin dlm dunia ni ...

mencontohi ciri2 kepimpinan baginda...

kalaulah..........


No comments:

Post a Comment