Tuesday 1 May 2012

cmana nak tingkatkan daya ingatan ???

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan 
atau
 mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. 


Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda 
supaya
 kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:








Membaca Al-Quran


Sekiranya anda seorang Muslim,
 amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. 
Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan 
menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.







Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. 
Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. 
Badan perlu rehat. 
Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak 
dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru.
 Oleh itu, 
amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana
 ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.







Mengawal Tekanan


Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan 
menyebabkan kesihatan anda terganggu. 
Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan 
daya ingatan anda juga terjejas. 
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti 
bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.







Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita.
 Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. 
Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. 
Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg 
diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh 
Kementarian Kesihatan dan 
mendapat kelulusan JAKIM serta 
pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.







Bersenam


Bersenam ...
dapat menggerakkan otot-otot dan 
melancarkan peredaran darah ke otak.
Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.
Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.







Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. 
Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. 
Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan 
membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. 
Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan 
berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment