Wednesday 9 May 2012

DIKONGSI.. UTK PERINGATAN BERSAMA....


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. 

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,

 Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat 

itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka 

dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah

 Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.

 Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati 

saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak

 berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin

 hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat 

berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik 

berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan 

timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa 

wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.


Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu

 lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00

 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia

 60-an dan memakai baju kurung.


Ustaz,” kata wanita itu.”Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya 

tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah

 tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya


“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.”Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.”Makcik

 lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang 

mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke 

dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.


“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar

 jadi hitam?” tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya 

ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, 

kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. “kata saya untuk 

menggertaknya.


Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia 

berkata,”Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam

 atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah 

sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia

 untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah

 dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun 

sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita 

tersebut.


Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang 

tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah 

pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan 

dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, 

mengapankan dan menyembahyangkannya.



Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu 

bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah 

Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi 

waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan 

Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.


Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,”Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke 

hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang 

sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”Pertanyaan saya itu menyebabkan 

dia terkejut,”Orang tua mana pula?” katanya.



Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta 

pakaiannya.”Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya 

dah meninggal lima tahun lalu!”Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 

‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu?


Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah 

turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah 

pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar 

dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika 

seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka 

selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan 

dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?


Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari 

kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini 

dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment