Monday 7 May 2012

ish... ish... ish.....

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :


1. 
Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. 
Dah tebal sangat gelembung airnya. 
Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. 
Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. 
Salah siapa, tanggunglah rasa. 
Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. 
Agak-agaklahkan.



2. 
Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. 
Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. 
Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. 
Teori mana yang dia guna pun entahlah. 
Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari ...
kakaka...


3. 
Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku huhuhu.
 Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. 
Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. 
Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. 
Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.



4. 
Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. 
Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. 
Bukannya berlaku setiap hari pun. 
Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. 
Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. 
Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.



5. 
Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. 
Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. 
Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. 
Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. 
Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. 
Kesian pengasuh dan kesian si anak.



6.
 Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. 
Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.



7. 
Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. 
Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. 
Janganlah jadi hamba kerja sangat.

No comments:

Post a Comment