Tuesday 1 May 2012

KANSER..... KESAN AWAL !

KANSER...  sebut, dengar pun dah rasa seriau kan...


jom kutip info skit tentang kanser...
manalah tahu..
boleh rawat sebelum parah...

Tanda-tanda awal kanser

1. Kanser pangkal rahim - 

sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan



2. Kanser payudara - 

bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada



3. Kanser usus besar - 

perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air



4. Kanser paru-paru - 

batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan



5. Kanser perut -

 hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit



6. Kanser limpa - 

sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak



7. Kanser ovari - 

haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam



8. Kanser otak - 

sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti






9. Kanser prostat - 
sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan



10. Kanser darah (leukimia) - 

letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi



11. Kanser tekak - 

suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan

2. Tembakau

3. Alkohol

4. Radiasi

5. Sinaran cahaya matahari

6. Pekerjaan

7. Pengambilan ubat

8. Pencemaran air dan udara

9. Perokok yang tidak aktif

10. Keturunan

No comments:

Post a Comment