Tuesday 8 May 2012

malu bertanya... sesat jalan ~~


'malu bertanya sesat jalan...'

ni pepatah org melayu kan..



tp skarang dah ada gps...
kalo malu bertanya, on je la gps..
tak sesat punya..
paling2 pun kalo gps cikai...
bawak kita ke jalan mati... 
kunun2 nak bg shaort-cut..
huhuhu

kiki...
sbenarnya nak sharing2 ... 

lagi tentang tatabahasa... 

selamat belayar ~~~

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Kata Tanya

 Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

        Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah 

apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.

       Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata 
apa dan siapa. 

        Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.

        Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

 Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)        *Nama kucing ini siapa? (salah)
            Nama kucing ini apa? (betul)

(b)        *Apa nama anak saudara ini?      (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
 
.....................................................



 Kata Hubung

 Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

 Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

(a)       Ruzli berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)

(b)        Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)

(c)        Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)

(d)        Sofia menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)

(e)        Saya terkejut apabila Khairul Bariah menjerit. (bukan *bila)

(f)         Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)

(g)        Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)

(h)        Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)

(i)         Nizam rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

(j)         Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)
 

No comments:

Post a Comment