Saturday 19 May 2012

KEPADA PARA ISTERI..

masa sy jalan2 di blog lain...
terjumpa la artikel yg bagus utk di share kpd sesiapa sj yg sudi berjalan2 di blog kecil sy ni....

artikel ni khas utk isteri2.. juga bakal isteri.... yg di dalam mahupun di luar negara... selagi dia seorang isteri org mukmin...

xpayah la sy buang masa kamu yang tgh membaca ni yer..
terus je pd artikel yg nak dikongsi nih....

sila... sila.... 

Fenomena isteri meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini. Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja lagaknya. Tahukah anda wahai wanita, betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan sekirannya kita menjadi seorang isteri mithali yang taat dan hormat kepada suami.
Rasulullah menyebut dalam hadith bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad. Jihad adalah sebuah amalan yang paling besar di dalam islam. Tidak ada pahala yang lebih melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam berjihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga.( sb 2 la sy slalu punch out awal... bkn sj2... tp sb nak sambut suami balik    :p     pahala jihad.... tp .. suami pulang dgn keadaan letih, kita pun letih gak... uhh.... bukan senang nak dapat pahala jihad.. )

teringat sy cerita dr seorang kakak... aka nasihat utk bakal pengantin.. masa sy dlm proses nak menamatkan zaman bujang....

kakak tu pnh bekerja sbg maid d rumah org arab.. menurutnya, perempuan arab, pakaian mmg tutup sume kalo kuar umah.. 
tp dlm umah, sgt seksi n mekap cantik2 utk suami.... terutama ms sambut suami balik.... sesampai je si suami, akan dibawanya ke bilik... dilayan dlm bilik dlu (paham2 je la ye :) hingga suami lena walau sekejap... lpas 2 baru diberi makan....  dan  bla bla bla.... 

akak 2 pesan..... jadikan cter dia ni sbg contoh cmana nak layan suami... huhu... seikhlasnyer.... sy x terbuat.... n sy respect isteri2 yg sebegitu.... 

Hargailah pemberiaan suami. Contohnya, apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis. (Imam al-Ghazali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
Oh my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazali)
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang engkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami, jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

hmm..
stakat ni je la artikel yg nak sy kongsikan 2...
mungkin biasa2... tp diharap dapat jd ingatan pd sesiapa yg dah terlupa..
maklum la.. kita bukan komputer... kdg2 lupa... 
tahuuu... tp lupa... 
termasuk la sy...
sb 2 sy share this article :)

No comments:

Post a Comment