Thursday 3 May 2012

azam...

saya sedang berazam nak kuruskan badan..

untuk menguruskan badan ke tahap ideal,
bukanlah semudah yang disangka. 
kita perlukan komitmen untuk merealisasikannya. 
tapi saya yakin...
saya pasti boleh!

saya usahakannya secara semulajadi...

Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu 
pemakanan seimbang 
dan 
senaman yang konsisten. 
Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi....




hihi.. :)  
Salah satu kebaikannya dapat saya lihat...
 melalui kulit. 
Kulit akan kekal sihat dan 
tetap tegang sama seperti sebelumnya...


                                         ada 10 tips ringkas yang saya amalkan demi mencapai impian... iaitu:


1. 
Tetapkan matlamat untuk 
mengurangkan berat badan 
secara perlahan-lahan.
(penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.)

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan org...


2. 
lupakan niat untuk mengambil sebarang 
ubat-ubatan 
dengan tujuan menurunkan berat badan
Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
pssst...
Bagi anda yang nak menjaga otot, 
boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. 
Ambil makanan dan minuman yang 
rendah kalori 
dan 
mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. 
Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan 
ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). 

Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.



4. 
Elakkan memakan makanan ringan 
di antara waktu makan. 
Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan 
sekeping biskut krim kraker 
dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. 
Banyakkan minum air mineral 
dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. 
Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.


7. 
Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.



8. 
Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.


9. 
Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.







No comments:

Post a Comment