Tuesday 16 October 2012

KASIH SEORANG IBU...


KASIH SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA BEGITU HEBAT SEHINGGA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGUKURNYA...


Pada akhir tahun 1863, di Wales Selatan, 

seorang ibu telah berjalan kaki sambil menggendong bayinya menuju ke suatu tempat. 

Tiba-tiba datang ribut salji menyerang ke arah ibu dan bayi tersebut. 
Kerana hebatnya ribut salji tersebut, tidak seorang pun yang berani keluar untuk menolong mereka pada ketika itu. 

Beberapa jam kemudian selepas ribut salji kembali reda, beberapa orang pun berusaha mencari sang ibu dan bayinya.


Setelah beberapa ketika mencari, barulah mereka dapat menemui ibu tadi yang telah pun menjadi meninggal dunia dengan ditutupi oleh salji yang tebal.

 Mereka sangat hairan kerana ternyata ibu tadi langsung tidak memakai baju sejuk yamh dipakainya tadi.
 Setelah mereka mengangkat mayatnya, mereka menemui baju sejuk yang menutupi bayi yang masih hidup.

 Bayi tersebut tidak sejuk malah keadaan badannya panas ketika ditermui dibawah badan ibunya. 


Disini kita ketahui, ketika ribu salji terjadi tadi,

 ibu langsung tidak lagi mempedulikan keselamatannya yang dia tahu dia mesti berusaha untuk memastikan bayinya sentiasa berada didalam keadaan yang selamat,


 walaupun sampai mengorbankan nyawanya...


Bayi yang terselamat tadi telah menjadi dewasa dan
menjadi seorang negarawan besar, 

yakni ...



Perdana Menteri Britain 


yang memerintah pada 1916 –1922. Ia adalah David Lloyd George (1863 –1945).




MORAL OF THE STORY.
Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. 

Bak umpama air dicincang tidak akan putus, 


begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu. 


Kasihnya ibu membawa ke syurga.

 Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. 

Cintanya seorang ibu kepada anaknya sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. 


Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya. 


Hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. 

Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. 

Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu.


 Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. 


Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu,

 tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.


Siapa induk itu? Induk itulah ibu.




Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, 

sebagaimana kisah Nabi ALLAH,

Nabi Isa a.s




 tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. 


Sentiasalah berdoa kepada ALLAH.



 " Maha Suci ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang muliakanlah ibu dan juga bapa kami. " 



~~ Amin ~~



SUMBER : FACEBOOK-RAHSIAPERKAHWINAN

No comments:

Post a Comment