Monday 3 December 2012

khasiat jus delima





assalamualaikum semua...

post sy kali ni nak story tentang khasiat jus delima...

sy n hb start amal jus delima ni  utk atasi masalah resdung yg makin menggila...


dan kami mmg rasa keberkesanannya...


skrg ni makan seafood pun ok....
tak macam dulu lg...


alhamdulillah...


sy suggest sesiapa yg tgh berhadapan dgn masalah kesihatan ni,
try la amal jus delima...

bukan rsedung je....
pelbagai penyakit lain....


tgk checklist antara khasiat jus delima...






Antara Khasiat buah delima adalah:



1. Menstabilkan Paras Kolestrol


2. Delima Mempunyai Tahap Antioksidan Yang Tinggi


3. Melawan Penyakit Jantung


4. Merangsang Tenaga Batin

5. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

7. Menghalang Kemasukan Virus Hiv-1 Dan Microbicide

8. Mengelakkan Kanser Kelenjar Prostate

9. Delima Melawan Kanser Payudara

10. Merendahkan Tekanan Darah

11. Menguatkan Kesihatan Gigi

12. Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

13. Mengurangkan Batuk Dan Asthma

14. Mengandungi Kepelbagaian Vitamin

15. Delima Amat Disyorkan Diambil Oleh Ibu-Ibu Hamil

16. Melindungi Otak Bayi

17. Pentingnya Wanita Mengamalkan Pati Delima untuk kecantikan



dalam Islam ,
buah delima ni  salah satu buah yang ada dalam syurga..

 yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh kita nikmati

yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya 

sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya 
di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68....


kebesaran Allah kan...

 Setiap penyakit ada ubatnya...
 akan ada elemen yang menyembuhkan...

kecuali ...


MATI....



stakat ni perkongsian sy utk post kali ni....



~~ assalamualaikum ~~

Saturday 24 November 2012

yahudi VS israel VS zionis



Assalamualaikum semua...


post kali ni sy nak tepek tentang israel, yahudi dan zionis...

skrg saudara2 seIslam di Gaza sedang melalui saat getir..
xpayah cter banyak.. cukuplah dgn gambar2 ni..
biar gambar berbicara...

Photo: nak taknak kita kena tengok juga.. biar ada kesedaran buat semua bahawa dalam tidak sedar kita juga adalah 'penyumbang' kpd. tindakan kejam regim zionis ini.. Jom baca Qunut Nazilah setiap kali selepas solat.. kalau tak hafal, baca di kertas pun tak apa.. ini sahaja sumbangan kecil kita buat mereka...  moga Allah pelihara & berikan kemenangan buat saudara kita di Palestin...

Photo: DUNIA! LIHATLAH!

Tubuh seorang kanak2 wanita Palestine 70% hancur di bedil peluru berpandu Zionis Ibni Yahudi Laknatullah.... Tubuhnya dah hampir sama macam daging burger free yang diberi makan pada rakyat Malaysia beberapa hari lalu....

Terima Kasih kepada pemakan produk yang menyokong Yahudi Laknatullah... Inilah Jasa anda untuk rakan anda di Palestine... 
Al-Fatihah Buat Almarhum... 
Ya Allah, Selamatkanlah mereka... 
Jauhilah kami dari Fitnah Dunia ini... Amin

SHARE GAMBAR INI UNTUK DI TUNJUKKAN KEPADA MEREKA YANG MENYOKONG PRODUK MAKANAN YAHUDI LAKNATULLAH

Photo: Pesawat-pesawat Zionis terus membedil semenanjung Gaza!
Ingat mereka didalam munajat kita..! T_T


Photo: Innalillah...Tersentuh hati melihat jasad si kecil yang tidak berdosa ini, Inilah wajah syurga Allah...Ya Allah. Selamatkanlah saudara kami di Gaza Palestine. Hancurkanlah anjing tentera Israel Laknatullah. — 

jika anda sayangkan Islam Sila Like | Comment | Tag | Share kepada sahabat-sahabat untuk mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine.

-AA-
Photo: Ini Paling kejam!!

1 Share = 1 Anda Bom Israel

-AA-

 Doa Qunut Nazilah utk saudara yg jauh ...






apa yg sdg berlaku disana dikaitkan dgn ''israel'' ''yahudi'' ''zionis''..
tp sy xpnh faham apa/siapa mereka tu...
pnh dgr bicara para ilmuan...
tp susah sy nak faham...


so sy godek2 la kat net tentang mereka...


jom study skit... 
kalo berminat nak tau jgk ...



1.     ISRAEL


Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. 
Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. 
Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah.
 Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.
Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. 
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.
.
.

2. YAHUDI

.
Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. 

Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. 

Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. 
Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. 
Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. 
Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru.
 Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. 
Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.
Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. 
Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.
.
.

3. ZIONISME

.
Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
.
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. 
Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.

Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. 

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. 

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. 

Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.
.

.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

.
Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain.

 Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi.

Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi.

Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.
.

Yahudi Mana Musuh Kita

  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.
.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. 

Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. 

Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. 

Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. 

bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi.
.
Oleh: Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham






Friday 23 November 2012

A_S_D

                                                                                  ~~AYAT SERIBU DINAR~~





Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Assalamualaikum semua...

semoga sihat2 semua ye..


hari ni sy nak post tentang ayat seribu dinar...



teringat masa zaman persekolahan di sharodz...

ustazah suruh hafal n amalkan ayat ni...
mmg banyak hikmahnya...


sy hafal n amalkan...

tp hari ni baru terdetik nak tau kisah ayat seribu dinar ni...


n ilmu yg sy dapat sy share la kat blog ni..

sama2lah kita menambah ilmu pengetahuan...


ok la...

check it out .. !
:)

Hikmah Ayat 1000 Dinar.


Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎


Pada zaman dahulu...
 ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎
Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. 
‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mi-mpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. 
Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. 
Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. 
Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.


Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. 
Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. 
Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.


Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. 
Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosakwalau sedikitpun. 
Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. 
Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎




Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎





SUBHANALLAH....
begitulah sikit sebanyak hikmah ayat seribu dinar yg dpt sy share di blog sy ni...
dan sejarahnya..




Ayat Seribu Dinar ni bagus kita amalkan...
dibaca sbg doa selepas solat...
dan ketika kita m'hadapi masalah....
insyaaAllah, kita akan rasa lebih tenang m'hadapi sebarang masalah...

elok juga dibaca tiap kali nak masuk rumah...
dalam zaman serba canggih ni kan, masih ada manusia yg mengamalkan ilmu sihir....
jd kalo kita baca ayat ni, dgn izin-Nya kita dilindungi dr sebarang hasad dengki....

``AMEEN ``

kpd yg blm hafal ayat ni....
elok la mula m'hafal ye...
dan jadikan doa amalan...

ok...

sampai sini dulu...

~~ ASSALAMUALAIKUM ~~

Tuesday 13 November 2012

cuti pun bermula....


10/11/2012...

bermula la cuti persekolahan sesi 2012... berakhir sudah segalanya.... segalanya??? 

mana ada.. ???

student yerla... cikgu2 ??? 
ups.. student yg tgh exam SPM pun blm bercuti ek... haha...
msh di medan pertempuran...
 berjuanglah.. selagi ada musuh !!!
:)

sy msh tersadai di JB...
hingga akhir november..
kenapa??

ayahanda sofia jaga SPM...
bonda sofia msh ada urusan yg perlu diselesaikan...

nak buka makmal komputer...

pelik ke???

alaaaa... kalo cikgu sains boleh jd cikgu sejarah....

takkan cikgu sains & sejarah xblh jd cikgu komputer ???

aduuuuuuhai !

kalo ikutkan ati mmg nak meraung... tp dah org bg kepercayaan... lenjankan aje laaa...

taun depan pun taun last menabur bakti di 'ujung tanah' ni...

nak cabut ke melaka dah.... 

yeay... yeay balik kampung !!

dapat ke???
mudah2an... huhu...



cuti ni kne siapkan mental dan fizikal...

rasa2nyer taun depan adalah taun yg paling getir bg sy...

mcm2 tugas disuruh pikul kat bahu sekangkang kera nih...

nak tau??? cter skit la ek.... yg besar2 je..

hmmm ... 

1...  guru data...  merangkap la s/u JPMS ... 
bwh guru data sendiri dah ada mcm2 urusan... tp xpyh la cter sini.... kelaut nt ... banyak sgt kalo nak cter.... n sume tu sulit... JPN dah pesan.... "mulut kne kunci !"... huhu

2...  penyelaras ICT... dapat makmal lak 2.. 
2 lak tu !!
 (tq KPM, JPN, PPD, dll) .... uwaaaaaa  !!
 kne doa banyak2 spy ada la cikgu ICT yg masuk taun depan.... kalo x??? al-kisah la aku dlm makmal komputer tu nanti... aauuuuuuuuuuuuuuu...(terdengar2 bunyi mengilai.... apasal??? ).... huhuhu....

3...  KP Sejarah... hahaha.. sejarah mmg dah sebati dlm jiwa aku... 
sains xlupa la... tp kimia mmg dah tinggal sejarah.. haha... 
xpe, yg diijazahkan tu,kira dapat ilmu dan pahalanya kan??? plg penting aku sendiri happy ngajo sejarah... kelas sejarah adalah kelas release tensen ngn student... best!
 blh pot pet pot pet bg kisah benar kat budak.. kekdg kalo time bengong2, bg kisah x brapa benar.... layan je la janji bdk enjoy.... enjoy keeeee??? hahahaha 

4... SPSK... pegang bahagian pengurusan pencerapan.... PK04... hahaha... bagus2.. maveles !
secara tak langsung merangkap s/u pencerapan guru... terperangkap btl rasa badan nih !

5...  SKPM... sbg s/u jgk.... xpe2.... buat je.... tangan ada dua kan... lenguh tangan kanan, guna tangan kiri... dua2 tangan jem, aku angkat kaki... ape2 je la... janji keje siap ! "bereh booooos !"

cukup ke??? mana cukup.... ada lg ni..

6...  J/K Penilaian dan Peperiksaan / PBS .... nasib bek AJK je... dan AJK headcount... tp rasanya bahagian ni tak rumit... sb nampak gaya s/u peperiksaan skola aku ni smart orangnya.... gaya kerja smart, jd kerja lain di bawahnya akan lbh mudah.. ameeen huhu... apa2 je la janji keje settle kan... huhu

7...  memandangkan blm ada cikgu ICT, aku jugak la yg kene membedal bahagian multimedia dan dokumentasi skola..... buletin dah mula... website blm wujud lg ni...
 pe lg, cuti ni kne dayakan la kudrat yg ada.... 
coti oh coti !!!

see... 
adakah cikgu bercuti semasa cuti sekolah?? 
adakah cikgu lepak bodoh2 lepas punch out??
TIDAK OK !!
cikgu sentiasa bekerja......... siang, malam, subuh.... 
adakah gaji yg kononnya banyak, cikgu sapu bersih??
TIDAK OKKK !!
bg murid hadiah sbg sogokan spy terus berusaha....
beli barang nak ceriakan kelas.. spy kelas jd kondusif,  murid seronok belajar....... 
beli barang utk bilik2 tertentu, acara2 tertentu...... 
beli itu, beli ini....

duit siapa??? dari mana??? 

dari celah poket cikgu.... walau poket kdg2 dah koyak rabak, tp tetap adakan juga utk memuaskan hati banyak pihak....

hahaha....
 terima kasih kerana tuan2 dan puan2 sudi membaca luahan hati penuh emosi saya sekejap td....
nsb bek skejap ;P


ok la... rasanya banyak dah menaip pasal keje ni.... maleh nak sambung...




nak update cter tentang perkembangan si kecik buah hati pengarang jantung hati sanubari lak....



kalo msh ada masa, teruskanlah membaca ;)



sofia....

sekarang dah 1 tahun 10 bulan 19 hari dia melata di bumi Allah ni...

apa yg dia dah tau?? main.. main... n .. main.... aduhai anak !

kalo kat umah.. seharian tak tdo.. asik nak main je.. 
kalo ibu ur abah xlayan..... dia jerit kuat2..
" abaaaaaaaah  !!! "....
ibu.... dia panggil apa???
"ayyyyaaaaaaaaaaa !!!".... hahahah... dia panggil ibu dia ayang.... sempena panggilan abah utk ibu dia.... adui... puas aja panggil ibu...
tp dia akan sebut "babu.." "abuuuu..."... 
mentang2 la ibu yg buat sume keje kat umah.... pandai panggil ibu "babu" ye !! mmg anak betuah !

skrg dia dah mula nak cakap perkataan yg mudah difahami....
dah boleh kira 1 sampai 10.... tp pelat2 lg... 
nyanyi... paling dia suka lagu yuna.... apa2 je la tp paling dia slalu nyanyi... "ocong... ocong.... oooooocong" hahaha.... rasa nak sepak je mulut dia... 

kalo abah kaco dia main ngan ibu....
"abaaaaah !!!.... bok !" apa tu??... hahahha... "abah, sibuk!" 
dia xbg abah kaco dia main ngn ibu.... bagus kan anak ini ? huhu

kalo dia rasa nak shoping... "kuaaarr.... ayeeen... anana.... "... sambil tunjuk2 pintu...
 hahaha... nak kuar p giant ur angsana !

tp mmg xtahan sb kalo dia mula sebut "ayeeen.."... mean dia mmg nak kuar,... menangis la sampai tetido n mengigau "ayeeen.... huhuhu" hahaha.... ibu n abah bia je... xblh layan sgt sume kehendak dia kan... nt terlebih manja... susah.. 
dah la tiap kali ke giant dia dah plan nak beli apa.... yg terbaru.. nak beli "biyuuuun".... belon ! hahha... melayang la rm5 abahnya utk belon dia... 

sofia.... sofia...

 aduhai anak...
 risau ibu... slalu cakap kat abah dia.... 
sentiasa kena jaga dia.. xmau dia bebas mcm remaja2 skrg.... huhu blh ke?? harap2 sofia membesar dgn baik, sesempurna mungkin.... sentiasa dlm peliharaan dan perlindungan-Nya.... AMEEEN... 
risau btl hati ni....


ok la... nak tgk adam dan hawa.... dah start tu... 

stop sini dlu utk entry kali ni ye,...

tq sb sudi membaca :)

~~ assalamualaikum ~~

Friday 19 October 2012

pecah rahsia... pecah lemak, sila baca... kalo nak slim jugak :)


assalamualaikum semua... 
slamat malam...
:)
malam ni sy nak post tentang produk pelangsingan yg sy guna dan 
telah terbukti keberkesanannya
:)


al-kisah.......
td sy post kat FB, 


"smlm.. pakai baju 1st date ngn hb (2007) yg dah lama tersimpan... muat n rasa longgar...
hari ni... kain yg sblm ni ketat lpas dizip, rasa longgar...

yeeeehaaaaa experimen berjaya!!! sy suka :) ..."






ramai lak yg respon nak tau tentang eksperimen tu ye....

hehe..

okk.. boleh je share...

mari sama2 kita usaha menyelimkan badan...

bukan apa.. kalo badan slim, pergerakan akan lebih lancar....

kan???



mcm kes sy lak, 
sy sgt berusaha utk slim sb suami sy jenis slim 

n family mertua jenis yg menjaga penampilan...

kalo badan naik, mak mertua, pak mertua... mak sedara mertua pun tegur... 

adui... segan :)


sblm ni sy guna produk A....
 dan bila bahagian2 yg degil msh mengekalkan posisinya, sy try produk B...

msh belum memuaskan....

ada jgk produk C yg belum pun tau bkesan ke tak, sy stop....
sb leceh... 

hingga akhirnya, 

sebulan yg lepas...

sy terpikat ngan produk ni... n ternyata sgt memuaskan....



lengan mkn kecil.... ukur lilit punggung pun turun, 

kulit oren hilang (ni yg paling sukeeee hehe...  ),
perut kempis.... 

kulit mkn cantik... jalan makin laju (sb badan rasa ringan je)...

badan x lemah (produk2 sblm ni buat sy rasa lemah... tensen )



rasanya...
 skrg lbh slim banding sblm kawin...

sb baju yg pakai masa 1st date ngn husband rasa lbh longgar  
:)







ok la..

xmau buang masa...









ni haaaa produk yg sy guna.... lebih kurang sebulan je pun baru...
tp mmg berkesan....








D’Apple Fiber (Collagen + Stemcell) : 
Produk Perlangsingan Diri – Penyelesaian masalah perut buncit / sembelit lelaki dan wanita.
D’Apple Fiber (Collagen + Stemcell) 
perut kempis tidak menggelebeh dengan formula unik semulajadi
 D’Apple Fiber kaya dengan serat.
 Disyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah 
perut buncit, sembelit, terlebih berat badan dan nafas berbau. 
Pengambilan yang teratur, satu paket selepas makan malam akan melalui pembuangan yang lawas tanpa cirit-birit. 
Produk ini hasil penyelidikan yang terbukti dapat membantu mengatasi masalah perut buncit dan sembelit tidak kira lelaki mahupun wanita.


********************************************

sy mula tertarik dgn produk ni lepas baca artikel dlm paper.. 
lbih kurang sbulan yg lepas...

content dia mcm bagus... 

n sy jenis guna apa2 produk ikut kata hati...
kalo hati rasa yakin, sy akan berani utk mengeksperimen ke atas badan sendiri 
:)
kalo produk utk muka pun mcm 2...
kalo rasa yakin.. try je...
kalo xyakin,ada rasa was2... sy ignore even org ramai kata bagus ur bla.. bla.. bla..
takut ada content yg xbagus...


"Berilah petunjuk kepada hamba-Mu ini Ya Allah... dlm segala apa yg aku lakukan...
Lindungilah aku dari perkara yg membawa kpd maksiat dan kemungkaran... AMEEN"

slalu amalkan doa ni.... sb tu sy yakin dgn kata hati sy.... anda bagaimana??? 

heheh iklan sebentar
trima kasih sb sudi membaca 
:)




ok la... jom kembali ke matlamat asal
kiki :p



meh study info tentang produk ni..





Gabungan organik epal menerusi 
fiber kolagen dan stem sel
 dikatakan membantu pembuangan lemak berlebihan tanpa cirit birit.

Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi. 
Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan,
 mengawal paras glukos darah, 
menghalang naik turun glukos secara tiba-tiba, 
mengekalkan tekanan darah yang normal, 
mengelak sembelit, 
membuang toksin dari kolon 
dan 
menyelesaikan ketidakselesaan reumatik dengan meneutral asid kristal.

D'Apple Fiber mengandungi organik epal fiber dan kolagen yang tinggi 
membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti. Selain pengambilan makanan tambahan, organik epal fiber merupakan keperluan harian dalam pemakanan kita.

Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram fiber sehari untuk membantu detoksifikasi dalam badan.

Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

Fiber epal juga bertindak membuang toksin daripada dalam kolon dan 
mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan daripada sembelit.

Produk ini berbeza daripada produk lawas yang lain kerana ia tidak menyebabkan pengguna berasa sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.

Dalam pada itu, fungsi kolagen dalam D'Apple Fiber 
mengelakkan kulit berkedut 
dan 
menjaga kehalusan kulit.

Ini kerana kolagen mempertahankan elastisi kulit, memperbaiki sendi, tulang dan kulit menjadi licin.

Kajian menunjukkan stem sel epal pula meningkatkan
 pertumbuhan sel badan, 
melindungi sel daripada tekanan dan 
mengurangkan kulit berkedut.




100% Organik Apple Fiber... Koligen + Stemcell





Info
Cara Penggunaan D'Apple Fiber: Bancuh dan goncang/kacau dengan air sejuk biasa dan diminum selepas makan.


Kesan setelah pengambilan D’Apple fiber... Selepas 1-5 hari...


1.Sewaktu pembuangan najis banyak(mungkin berbau busuk dan bewarna hitam)
2.Pembuangan lebih dari sekali (2 atau 3kali)

3.Kerap kali terkentut mengeluarkan angin-Masalah sembelit bertambah baik

Selepas 15 hari...

1.Toksik semakin berkurangan

2.Lemak yang tak diperlukan semakin terbuang

3.Perut semakin kurang buncit dan badan semakin langsing

SUMBER : 






orait tak???





tp sy btau awal2...





sy tak jual....









mmg sy dapat murah sb beli ngn pengedar .... 

aka kawan sy...

tp sy xblh bg komitmen utk berurusan jual beli huhu...

kecuali kalo tuan2 dan puan2 sanggup dtg amik sendiri kat umah ur tempat keje sy 

hihi.. 

rock tak???

sy tgk kalo beli online blh dpt rm60.... harga pasaran rm65 sekotak (kalo xsilap la.. huhu)


tp sbnrnya sy dpt murah lg hikhik....


ok la...

senang cter ...

kalo nak buat eksperiment gak,,,, bli sendiri la ye kat mana2...

ur kalo kamu rock, silalah msg ur call sy.....

n dtg amik sendiri hahaha...



cukup la sampai sini yek..

nak tidokan sofia... n abah sofia 
;)


slamat bereksperimen... tatata :)

~~ assalamualaikum.... slamat malam ~~