Thursday 31 May 2012

HANGIN SATU BADAN... UWAAAA... !

lpas bersalinkan sofia... badan sy jd agak sensitif dgn makanan berangin.. 
kalo dulu blh balun apa sj...
( nak2 pulak mmg suka makan sayur, ulam2 n kekacang... mende2 mcm 2 la perangkap sbnrnya huhu....)
skarang kne berjaga2.. 
biarlah terliur drpd menikmati sakit2 badan di malam hari huhu.....

puncanya... 

sy rasa sb makan nasi sejuk masa berpantang dlu...

 mak slalu pesan, nak makan btau, mak panaskan dlu makanan 2...
 tp sian pulok tgk mak.. dah la penat melayan tetamu yg nak tgk si putet 2..
 dgn penjagaan aku yg lain2 lg... sian btl tgk mak n adik2... aku lak mana leh nak tlg.. tgk je la bagaikan permaisuri.. tp seminggu 2 je... lpas 2, bosan la kalo xbuat apa2 kan.... tanggal je tali pusat, sofia sy mandi n uruskan sendiri... syok je masa 2... nak pakaikan baju pun senang, diam je... sekarang? 




Allahuakbar !


penat jaga org berpantang ni... huhu...
sume mak buatkan.. dr buh ubat kuning kat tempat pemprosesan dan pengeluaran si kecil 2,
 lumur badan dgn apa ntah..( xigt dah.. mak kata mst lumur benda 2 kat badan spy blh kembali ke bentuk asal...  huhu)... sampai la yg kecil2 .. sume mak layankan...
huhu




kecik2 dulu mak pegang..... dah besar dah berlaki pun mak jugak yg pegang hikhik ....


 tq mak... !

  mcm2 kenikmatan dinikmati ms berpantang ... mak x bg chance nak ngelat... 

hubby pulak.. 
 nak tlg buatkan... 


 tp.. 


 xmau la.. 


segan.. 
ms 2 badan mcm hampeh je.. xmau bg hubby tgk... 

tp hubby try gak skodeng2 bila pintu terkuak haha... sian mr. mucuk! 

paling tak lupa, hubby pakaikan stoking dgn sgt cermat... segan rasa bg tapak kaki kat hubby.. tp hubby yg nak bg sumbangan, terima je la dgn senyuman hihi... 


tq abang.. !



 tp nampak mak n sume yg menguruskan kami ok je..
 tak nampak penat...
seronok ada lg... 

maybe sb kehadiran orang baru huhu... 



 alamak
 lama benau lak imbau zaman berpantang yerk haha.... sowiii..





ok la.... hang pa baca je la artikel ni kalo berminat... 







berangin mcm sy juga.. hahaha!






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau
 seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana.

 Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur.
 Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar)
 datangnya dari 2 sumber iaitu, 
udara yang disedut dan bakteria 
yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

  • Kacang
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bawang
  • Asparagus
  • Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
  • Bijirin seperti roti gandum
  • Minuman ringan dan jus buah
  • Susu dan produk daripada susu dan keju
  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Petua Melayu Untuk Buang Angin Dalam Badan

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Wednesday 23 May 2012


TIPS KELUARGA BAHAGIA




Tips Rumahtangga yang bercirikan syurga
  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumahtangga yang selesa.




Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.




Tips Komunikasi ke Arah meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan
  1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
  3. tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
  5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
  8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
  9. Memahami kepentingan hubungan seks.
  10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.




Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
  6. Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
  9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
  10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

resdung... huk huk huk



skrg... 
sy diserang resdung yg... 
agak kerap jugak la.... 


walau berpantang makan.. hidung ni tetap miang.. gatal sampai mata bengkak....
lagi2 kalo tempat berhabuk...
 silap2 demam terus... huhu....
(pnh jugak demam+berat kepala 2 minggu sb resdung ni....)
mcm gastrik... org yg xpnh rasa, xtau cmana rasanya...
tp kalo dah ada pengalaman.... taubat dah....
seksa.... mcm nak tercabut urat perut.... jem satu badan..
seram sejuk menahannya...


resdung ni pun....
org yg xpnh rasa mungkin pk remeh je... tp kalo dah kene...
adui.. miangnya...
kepala pun jd sakit....
kalo tgh sujud ms solat, rasa mcm ada batu besar atas kepala.....






masa buat facial di adeline dulu..    mmg hilang sume rasa miang...
tp lpas stop.. sb dah habis 11kali rawatan... datang balik resdung ni...
aduui .. mmg la berkesan... hubby suh teruskan rawatan di adeline..
tp rasa lama sgt rawatan 2... n tensen muka kne picit... 
n malas layan pakai masker lama benau.....






so sy ambil alternatif...
kalo2 ada cara lain utk merawat resdung ni..
nak tau.. ?


baca la sesama kat sini k....


xxxxxxxxxx


Jika anda mengambil gejala-gejala seperti 

kerap bersin terutamanya waktu pagi, 
hidung gatal-gatal,
 gatal diantara mata dan muka,
 hidung tersumbat, 
rasa berlendir di hidung dan tekak, 
sering sakit di muka serta alahan makanan laut
anda sebenarnya mengalami RESDUNG.
Resdung adalah radang pada rongga-rongga sinus [rongga-rongga dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung]. 
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan melalui hidung. 


Apabila hidung tersumbat, lendir ini akan berkumpul dan menjadi tempat pembiakan bakteria.
Apabila gejala resdung berlanjutan sehingga berminggu-minggu,
 ia diklasifikasikan sebagai resdung akut.
 Ia biasanya penyebab kepada demam dan selsema yang berpunca daripada jangkitan bakteria di rongga sinus hingga menyebabkan ia bengkak dan menyempit.
Jangkitan melebihi 3 bulan, resdung akut menjadi bertambah kronik. 


 Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan rongga sinus bernanah, berbau dan kerosakan pada rongga hidung dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan oleh doktor pakar.
Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan kematian secara tidak langsung yang berpunca daripada komplikasi pada otak penghidap resdung.
Kini, pelbagai kaedah moden untuk menghadapi masalah resdung seperti ubat-ubatan antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh pakar.


 Tidak lupa juga rawatan secara traditional seperti bekam, asap rokok resdung, akupuntur, mengeluarkan lendur hidung, terapi wap panas dan lain-lain.
Sauna Opal ~ facial sauna


- merawat pelbagai masalah berkaitan muka dan kepala
- menguruskan badan
- menyihatkan badan
-mudah alih
-Promosi ~~ tinggal 1 set sahaja lagi.

Tips Sihat Mencegah Resdung

1. Mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, berkhasiat dan seimbang
2. Mengurangkan makanan berlemak, berminyak dan berasid.
3. Memperbanyakkan meminum air suam dan buah-buahan.
4. Menghindari minuman berais dan beralkohol.
5. Menghentikan tabiat merokok.
Petikan: Sinar Harian

Petua Resdung yang lain ;
3 biji bawang merah dihiris halus-halus. Ambil secubit biji sawi dan 2 helai daun sirih. Masukkan semua bahan ini ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang panas mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu dan rasakan kesannya. Semoga berjaya.

Tuesday 22 May 2012

LARANGAN BAGINDA... !


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan 
sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. 


Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. 


Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri.

Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, 
menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani 
“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. 
Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, 
dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. 


Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh  dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran  dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

Sunday 20 May 2012

esok 1 Rejab 1433H ...

Bulan Rejab kembali lagi....

 Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. 

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. 


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

 Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 



Puasa 1 hari - 
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 

Puasa 2 hari - 
mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 

Puasa 3 hari - 
dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 

Puasa 4 hari -
 diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 

Puasa 5 hari - 
aman dari azab kubur. 

Puasa 6 hari - 
dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 

Puasa 7 hari - 
Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 

Puasa 8 hari - 
Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 

Puasa 9 hari - 
keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 

Puasa 10 hari - 
Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 

Puasa 13 hari -
 Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 

Puasa 14 hari - 
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 

Puasa 15 hari - 
Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 

Puasa 16 hari - 
dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

Puasa 19 hari -
 Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 

Puasa 20 hari - 
Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 



Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab 
dan beribadat pada malamnya 
seperti dia berpuasa 3,000 tahun, 
diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, 
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,
 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 
70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 
70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 
dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 





Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) 
seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. 
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. 
Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar,
 dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, 
diangkat seribu darjat dan 
dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Kelebihan lain bulan Rejab: 

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: 

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 



Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 

Israk dan Mikraj (27 Rejab) 

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 



Secara ringkasnya, 
Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 



"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 

(Surah Al Israa': 1) 




DOA BULAN REJAB: 

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 




Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 



Kesimpulannya, 

bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 


Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya. 



Sabda nabi: 

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"