Tuesday 1 May 2012

AWET..... AWET MUDA :)


kring kringgggg.....

hihi...
 jom baca2... study2...... praktik2...

cara utk awet muda...

almaklum la.. 
sat lagi nak masuk 30 an.. an.. an...
but its just a number....
mkn banyak number, makin banyak kreditnya...
yeke???

kredit tang mana tu???
hihi..
tang pahalanya kah...
tang tanggungjawabnya kah...
tang anaknya kah...
tang kedut2 d muka kah????
huhuu...

orait...
mula nak merepek2 nampaknya nih...

meh baca...

PETUA AWET MUDA...


1)  Lindung kulit kita daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. 

so.... 
kne la tenyeh krim perlindungan matahari setiap hari. 
sebab... 

Penggunaan krim perlindungan tu blh halang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

2)  Elak merokok

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang 

sebab...
asap tu akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
ouchh...

elakkan dekat dgn perokok juga ok ;)



3)   Pencucian dalaman

Kebanyakan wanita tak amalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. 

Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. 
tak perlu guna pencuci wajah yang mahal, 
sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. 

Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.



4)   Pelembapan dua kali ganda

Selain pelembapan seharian, kita juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

5)  Aktifkan peredaran darah

Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. 

Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. 

Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

6)  Penggunaan bedak asas

Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. 


Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

7)   Kerap membelai wajah

Walaupun saban hari, kita menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. 


Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

8)   Pengendalian lembut

Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan,  perlu dioles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

9)   Solekan yang sempurna

Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.


No comments:

Post a Comment