Friday 23 November 2012

A_S_D

                                                                                  ~~AYAT SERIBU DINAR~~





Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Assalamualaikum semua...

semoga sihat2 semua ye..


hari ni sy nak post tentang ayat seribu dinar...



teringat masa zaman persekolahan di sharodz...

ustazah suruh hafal n amalkan ayat ni...
mmg banyak hikmahnya...


sy hafal n amalkan...

tp hari ni baru terdetik nak tau kisah ayat seribu dinar ni...


n ilmu yg sy dapat sy share la kat blog ni..

sama2lah kita menambah ilmu pengetahuan...


ok la...

check it out .. !
:)

Hikmah Ayat 1000 Dinar.


Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎


Pada zaman dahulu...
 ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎
Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. 
‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mi-mpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. 
Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. 
Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. 
Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.


Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. 
Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. 
Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.


Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. 
Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosakwalau sedikitpun. 
Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. 
Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎




Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎





SUBHANALLAH....
begitulah sikit sebanyak hikmah ayat seribu dinar yg dpt sy share di blog sy ni...
dan sejarahnya..




Ayat Seribu Dinar ni bagus kita amalkan...
dibaca sbg doa selepas solat...
dan ketika kita m'hadapi masalah....
insyaaAllah, kita akan rasa lebih tenang m'hadapi sebarang masalah...

elok juga dibaca tiap kali nak masuk rumah...
dalam zaman serba canggih ni kan, masih ada manusia yg mengamalkan ilmu sihir....
jd kalo kita baca ayat ni, dgn izin-Nya kita dilindungi dr sebarang hasad dengki....

``AMEEN ``

kpd yg blm hafal ayat ni....
elok la mula m'hafal ye...
dan jadikan doa amalan...

ok...

sampai sini dulu...

~~ ASSALAMUALAIKUM ~~

No comments:

Post a Comment