Saturday 24 November 2012

yahudi VS israel VS zionis



Assalamualaikum semua...


post kali ni sy nak tepek tentang israel, yahudi dan zionis...

skrg saudara2 seIslam di Gaza sedang melalui saat getir..
xpayah cter banyak.. cukuplah dgn gambar2 ni..
biar gambar berbicara...

Photo: nak taknak kita kena tengok juga.. biar ada kesedaran buat semua bahawa dalam tidak sedar kita juga adalah 'penyumbang' kpd. tindakan kejam regim zionis ini.. Jom baca Qunut Nazilah setiap kali selepas solat.. kalau tak hafal, baca di kertas pun tak apa.. ini sahaja sumbangan kecil kita buat mereka...  moga Allah pelihara & berikan kemenangan buat saudara kita di Palestin...

Photo: DUNIA! LIHATLAH!

Tubuh seorang kanak2 wanita Palestine 70% hancur di bedil peluru berpandu Zionis Ibni Yahudi Laknatullah.... Tubuhnya dah hampir sama macam daging burger free yang diberi makan pada rakyat Malaysia beberapa hari lalu....

Terima Kasih kepada pemakan produk yang menyokong Yahudi Laknatullah... Inilah Jasa anda untuk rakan anda di Palestine... 
Al-Fatihah Buat Almarhum... 
Ya Allah, Selamatkanlah mereka... 
Jauhilah kami dari Fitnah Dunia ini... Amin

SHARE GAMBAR INI UNTUK DI TUNJUKKAN KEPADA MEREKA YANG MENYOKONG PRODUK MAKANAN YAHUDI LAKNATULLAH

Photo: Pesawat-pesawat Zionis terus membedil semenanjung Gaza!
Ingat mereka didalam munajat kita..! T_T


Photo: Innalillah...Tersentuh hati melihat jasad si kecil yang tidak berdosa ini, Inilah wajah syurga Allah...Ya Allah. Selamatkanlah saudara kami di Gaza Palestine. Hancurkanlah anjing tentera Israel Laknatullah. — 

jika anda sayangkan Islam Sila Like | Comment | Tag | Share kepada sahabat-sahabat untuk mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine.

-AA-
Photo: Ini Paling kejam!!

1 Share = 1 Anda Bom Israel

-AA-

 Doa Qunut Nazilah utk saudara yg jauh ...






apa yg sdg berlaku disana dikaitkan dgn ''israel'' ''yahudi'' ''zionis''..
tp sy xpnh faham apa/siapa mereka tu...
pnh dgr bicara para ilmuan...
tp susah sy nak faham...


so sy godek2 la kat net tentang mereka...


jom study skit... 
kalo berminat nak tau jgk ...



1.     ISRAEL


Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. 
Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. 
Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah.
 Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.
Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. 
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.
.
.

2. YAHUDI

.
Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. 

Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. 

Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. 
Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. 
Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. 
Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru.
 Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. 
Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.
Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. 
Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.
.
.

3. ZIONISME

.
Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
.
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. 
Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.

Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. 

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. 

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. 

Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.
.

.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

.
Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain.

 Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi.

Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi.

Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.
.

Yahudi Mana Musuh Kita

  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka.
  • Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.
.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. 

Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. 

Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. 

Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. 

bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi.
.
Oleh: Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham






No comments:

Post a Comment