Friday 19 October 2012

pecah rahsia... pecah lemak, sila baca... kalo nak slim jugak :)


assalamualaikum semua... 
slamat malam...
:)
malam ni sy nak post tentang produk pelangsingan yg sy guna dan 
telah terbukti keberkesanannya
:)


al-kisah.......
td sy post kat FB, 


"smlm.. pakai baju 1st date ngn hb (2007) yg dah lama tersimpan... muat n rasa longgar...
hari ni... kain yg sblm ni ketat lpas dizip, rasa longgar...

yeeeehaaaaa experimen berjaya!!! sy suka :) ..."






ramai lak yg respon nak tau tentang eksperimen tu ye....

hehe..

okk.. boleh je share...

mari sama2 kita usaha menyelimkan badan...

bukan apa.. kalo badan slim, pergerakan akan lebih lancar....

kan???



mcm kes sy lak, 
sy sgt berusaha utk slim sb suami sy jenis slim 

n family mertua jenis yg menjaga penampilan...

kalo badan naik, mak mertua, pak mertua... mak sedara mertua pun tegur... 

adui... segan :)


sblm ni sy guna produk A....
 dan bila bahagian2 yg degil msh mengekalkan posisinya, sy try produk B...

msh belum memuaskan....

ada jgk produk C yg belum pun tau bkesan ke tak, sy stop....
sb leceh... 

hingga akhirnya, 

sebulan yg lepas...

sy terpikat ngan produk ni... n ternyata sgt memuaskan....



lengan mkn kecil.... ukur lilit punggung pun turun, 

kulit oren hilang (ni yg paling sukeeee hehe...  ),
perut kempis.... 

kulit mkn cantik... jalan makin laju (sb badan rasa ringan je)...

badan x lemah (produk2 sblm ni buat sy rasa lemah... tensen )



rasanya...
 skrg lbh slim banding sblm kawin...

sb baju yg pakai masa 1st date ngn husband rasa lbh longgar  
:)







ok la..

xmau buang masa...









ni haaaa produk yg sy guna.... lebih kurang sebulan je pun baru...
tp mmg berkesan....








D’Apple Fiber (Collagen + Stemcell) : 
Produk Perlangsingan Diri – Penyelesaian masalah perut buncit / sembelit lelaki dan wanita.
D’Apple Fiber (Collagen + Stemcell) 
perut kempis tidak menggelebeh dengan formula unik semulajadi
 D’Apple Fiber kaya dengan serat.
 Disyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah 
perut buncit, sembelit, terlebih berat badan dan nafas berbau. 
Pengambilan yang teratur, satu paket selepas makan malam akan melalui pembuangan yang lawas tanpa cirit-birit. 
Produk ini hasil penyelidikan yang terbukti dapat membantu mengatasi masalah perut buncit dan sembelit tidak kira lelaki mahupun wanita.


********************************************

sy mula tertarik dgn produk ni lepas baca artikel dlm paper.. 
lbih kurang sbulan yg lepas...

content dia mcm bagus... 

n sy jenis guna apa2 produk ikut kata hati...
kalo hati rasa yakin, sy akan berani utk mengeksperimen ke atas badan sendiri 
:)
kalo produk utk muka pun mcm 2...
kalo rasa yakin.. try je...
kalo xyakin,ada rasa was2... sy ignore even org ramai kata bagus ur bla.. bla.. bla..
takut ada content yg xbagus...


"Berilah petunjuk kepada hamba-Mu ini Ya Allah... dlm segala apa yg aku lakukan...
Lindungilah aku dari perkara yg membawa kpd maksiat dan kemungkaran... AMEEN"

slalu amalkan doa ni.... sb tu sy yakin dgn kata hati sy.... anda bagaimana??? 

heheh iklan sebentar
trima kasih sb sudi membaca 
:)




ok la... jom kembali ke matlamat asal
kiki :p



meh study info tentang produk ni..





Gabungan organik epal menerusi 
fiber kolagen dan stem sel
 dikatakan membantu pembuangan lemak berlebihan tanpa cirit birit.

Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi. 
Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan,
 mengawal paras glukos darah, 
menghalang naik turun glukos secara tiba-tiba, 
mengekalkan tekanan darah yang normal, 
mengelak sembelit, 
membuang toksin dari kolon 
dan 
menyelesaikan ketidakselesaan reumatik dengan meneutral asid kristal.

D'Apple Fiber mengandungi organik epal fiber dan kolagen yang tinggi 
membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti. Selain pengambilan makanan tambahan, organik epal fiber merupakan keperluan harian dalam pemakanan kita.

Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram fiber sehari untuk membantu detoksifikasi dalam badan.

Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

Fiber epal juga bertindak membuang toksin daripada dalam kolon dan 
mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan daripada sembelit.

Produk ini berbeza daripada produk lawas yang lain kerana ia tidak menyebabkan pengguna berasa sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.

Dalam pada itu, fungsi kolagen dalam D'Apple Fiber 
mengelakkan kulit berkedut 
dan 
menjaga kehalusan kulit.

Ini kerana kolagen mempertahankan elastisi kulit, memperbaiki sendi, tulang dan kulit menjadi licin.

Kajian menunjukkan stem sel epal pula meningkatkan
 pertumbuhan sel badan, 
melindungi sel daripada tekanan dan 
mengurangkan kulit berkedut.




100% Organik Apple Fiber... Koligen + Stemcell





Info
Cara Penggunaan D'Apple Fiber: Bancuh dan goncang/kacau dengan air sejuk biasa dan diminum selepas makan.


Kesan setelah pengambilan D’Apple fiber... Selepas 1-5 hari...


1.Sewaktu pembuangan najis banyak(mungkin berbau busuk dan bewarna hitam)
2.Pembuangan lebih dari sekali (2 atau 3kali)

3.Kerap kali terkentut mengeluarkan angin-Masalah sembelit bertambah baik

Selepas 15 hari...

1.Toksik semakin berkurangan

2.Lemak yang tak diperlukan semakin terbuang

3.Perut semakin kurang buncit dan badan semakin langsing

SUMBER : 






orait tak???





tp sy btau awal2...





sy tak jual....









mmg sy dapat murah sb beli ngn pengedar .... 

aka kawan sy...

tp sy xblh bg komitmen utk berurusan jual beli huhu...

kecuali kalo tuan2 dan puan2 sanggup dtg amik sendiri kat umah ur tempat keje sy 

hihi.. 

rock tak???

sy tgk kalo beli online blh dpt rm60.... harga pasaran rm65 sekotak (kalo xsilap la.. huhu)


tp sbnrnya sy dpt murah lg hikhik....


ok la...

senang cter ...

kalo nak buat eksperiment gak,,,, bli sendiri la ye kat mana2...

ur kalo kamu rock, silalah msg ur call sy.....

n dtg amik sendiri hahaha...



cukup la sampai sini yek..

nak tidokan sofia... n abah sofia 
;)


slamat bereksperimen... tatata :)

~~ assalamualaikum.... slamat malam ~~














Tuesday 16 October 2012

KASIH SEORANG IBU...


KASIH SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA BEGITU HEBAT SEHINGGA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGUKURNYA...


Pada akhir tahun 1863, di Wales Selatan, 

seorang ibu telah berjalan kaki sambil menggendong bayinya menuju ke suatu tempat. 

Tiba-tiba datang ribut salji menyerang ke arah ibu dan bayi tersebut. 
Kerana hebatnya ribut salji tersebut, tidak seorang pun yang berani keluar untuk menolong mereka pada ketika itu. 

Beberapa jam kemudian selepas ribut salji kembali reda, beberapa orang pun berusaha mencari sang ibu dan bayinya.


Setelah beberapa ketika mencari, barulah mereka dapat menemui ibu tadi yang telah pun menjadi meninggal dunia dengan ditutupi oleh salji yang tebal.

 Mereka sangat hairan kerana ternyata ibu tadi langsung tidak memakai baju sejuk yamh dipakainya tadi.
 Setelah mereka mengangkat mayatnya, mereka menemui baju sejuk yang menutupi bayi yang masih hidup.

 Bayi tersebut tidak sejuk malah keadaan badannya panas ketika ditermui dibawah badan ibunya. 


Disini kita ketahui, ketika ribu salji terjadi tadi,

 ibu langsung tidak lagi mempedulikan keselamatannya yang dia tahu dia mesti berusaha untuk memastikan bayinya sentiasa berada didalam keadaan yang selamat,


 walaupun sampai mengorbankan nyawanya...


Bayi yang terselamat tadi telah menjadi dewasa dan
menjadi seorang negarawan besar, 

yakni ...



Perdana Menteri Britain 


yang memerintah pada 1916 –1922. Ia adalah David Lloyd George (1863 –1945).




MORAL OF THE STORY.
Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. 

Bak umpama air dicincang tidak akan putus, 


begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu. 


Kasihnya ibu membawa ke syurga.

 Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. 

Cintanya seorang ibu kepada anaknya sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. 


Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya. 


Hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. 

Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. 

Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu.


 Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. 


Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu,

 tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.


Siapa induk itu? Induk itulah ibu.




Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, 

sebagaimana kisah Nabi ALLAH,

Nabi Isa a.s




 tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. 


Sentiasalah berdoa kepada ALLAH.



 " Maha Suci ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang muliakanlah ibu dan juga bapa kami. " 



~~ Amin ~~



SUMBER : FACEBOOK-RAHSIAPERKAHWINAN