Saturday 28 April 2012

ADUHAI......

"bila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi...
bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi.. "

"apabila seorang wanita itu telah melakukan 
solat 5 waktu, berpuasa d bulan ramadhan dan mentaati suaminya....
maka diserukan kepadanya : masuklah dari mana2 pintu syurga yang kamu sukai..."
(riwayat thabrani dari abdul rahman bin auf r.a)

"pamerkanlah kasih sayang setulusnya... 
janganlah hendaknya memberi kasih sayang tetapi pada masa yang sama menuntut balasan..."

ni antara monolog dalam buku 'satu rasa dua hati' yang adik zaimah hadiahkan kepada sy 
sempena perpindahan sy....
 adik itu.... dia mmg tahu sy suka membaca... thanks adikku...
 lbh istimewa... buku ni lengkap dgn tandatangan penulisnya... 
saudara pahrol mohd juoi.. siapa x kenal? 
beliau : penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, pengacara tv... dan pengendali program latihan dan inovasi...  selalu je keluar d kaca tv..

xxxxxxxxxxxxxxx




"bila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi...
bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi.. "


sinonim dgn pepatah mat salleh 
what u give, you get back...
yang biasa kita dengar ni kan..
n.. 
hukama pun ada berpesan:
orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan
 ialah orang yang melakukannya... 
so..
marilah kita sama2 mainkan peranan masing2 :)


xxxxxxxxxxxxxxxxxx


"pamerkanlah kasih sayang setulusnya... 
janganlah hendaknya memberi kasih sayang tetapi pada masa yang sama menuntut balasan..."



kadang2..
kita lupa..
kita selalu je fikir 'aku patutnya dapat itu, dapat ini.... dr pasangan aku'..
sb 2 kalau berlaku pertelingkahan,
selalu je sebut tentang 'hak'
jarang2 kita fikir...'aku nak buat apa utk membahagiakan pasangan aku'
kalaulah dua2 pihak berfikir 
'aku nak buat apa utk membahagiakan pasangan aku'...
mst tuntutan keduanya saling dipenuhi.... 
dan yang paling penting, 
kita dapat berkasih sayang dan membina hubungan yang lebih membahagiakan....  kan?


xxxxxxxxxxxxxxxx


"apabila seorang wanita itu telah melakukan 
1...solat 5 waktu
2... berpuasa d bulan ramadhan 
3... mentaati suaminya....
maka diserukan kepadanya : masuklah dari mana2 pintu syurga yang kamu sukai..."
(riwayat thabrani dari abdul rahman bin auf r.a)

huurrrm..
3 syarat je utk wanita masuk syurga....
mcm senang je kan...
senang ke...? huhu
tepuk dada tanya diri sendiri la...
bg sy.... bukan semudah yang dikira.. 
   1    2   3  ...
tp proses nak mendapatkan ketiga2nya...
solat 5 waktu.... 
khusyuk ke? sentiasa dpt solat d awal waktu ke?
blm kira lg yang
kita sujud atas badan si kecil...
tgh baca al-fatihah nampak si kecil bg senyum kambing...
duduk d pangku ibu (utk baca doa) masa ibu tgh duduk tahiyat awal...
n mcm2 la kreativiti si kecil ms ibunya solat...

puasa..
cukup ke dgn menahan lapar dahaga....
lapar, haus, penat, cuaca panas...
mengeluh...
dah kurang lg pahala....
aduhai...


taati suami..
cuba sedaya mungkin jd isteri terbaik bg suami...
tp..
betul2 memuaskan suami ke..
kadang2, bila penat...
berleter.. membebel.... mengeluh...
blm lg part merajuk... 
kikiki...


uurrmmm...
mudah ke...
nak masuk syurga kalo mcm ni..???
fikir2kan lah....




selamat berfikir... 
hihihi


No comments:

Post a Comment