Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya,
kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha
menjadikan orang lain cemerlang sepertinya.
Pendek kata, sahabat yang
baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya
sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita
bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat
kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat.
Sahabat sejati adalah sahabat yang
bermanfaat pada kita dan orang-orang disekeliling kita. Kita memerlukan seorang
sahabat (ataupun ramai sahabat) dalam usaha kita mengejar kejayaan kerana
sahabat dapat memberikan kita bantuan dalam bentuk idea, tenaga, dorongan dan
panduan. Kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan ajaran Islam di bumi Arab adalah
kerana bantuan sahabat-sahabat Baginda.
Dalam mencari seorang sahabat
sejati, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang berperangai buruk.
Sahabat sejati ni cuma ada satu dalam seribu. Mencari sahabat sejati satu
cabaran, menjaga hati sahabat juga merupakan satu cabaran.
Tips bagaimana untuk menjaga
persahabatan dan mengekalkan persahabatan:
1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan
Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuk le membelanja dia makan,
hehe..sesuaikan dengan kemampuan
.
2. Banyak melakukan kejutan-kejutan
yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai
nangis-nangis gitu.
3. Selalu ucapkan terima kasih
padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa
bersyukur pada Allah kerana dia hadir disamping Anda.
4. Berkongsi kedukaannya,
kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.
5. Anggap dia ahli keluarga Anda
sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.
6. Maafkan kesalahannya selalu,
doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat
doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja.
Dahulukan doa Anda dengan Surah
Al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, moga cepat dimakbulkan
Allah.
Apa yang kita doakan pada seseorang,
itu yang akan berlaku dalam hidup kita, ibarat kita berdoa untuk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga
jadinya!
No comments:
Post a Comment